Kami menawarkan produk yang ringkas, mudah dan cepat untuk para pelanggan bagi menikmati sajian-sajian tradisional Johor. Hasil produk tempatan ini dijamin bersih dan halal boleh didapati secara online. Produk-produk terdiri daripada pek Nasi Beriani Darat, pek Nasi Kurzi Johor, pes Asam Pedas Johor, pes Mee Bandung Muar, pek Soto Muar, pes Pecal. Cubalah sekarang untuk nikmati rasa yang sebenar.

Kaedah Penempahan
1.Pastikan code produk dan jumlah yang mahu dipesan.
2.Hubungi Puan Liza secara sms,call,email atau ym untuk tempahan dan nyatakan nama, alamat dan nombor telefon . Tempahan diterima pada setiap hari.
3. Sila lakukan pembayaran selewat-lewatnya hari Ahad .Maklumkan no rujukan pembayaran.
4. Sekiranya tiada urusan pembayaran, tempahan tersebut dianggap batal.
5.Untuk makluman, produk ini adalah dibawah keluaran OLI COLLECTION SDN BHD.

Kaedah Penghantaran
1.Kami akan menghantar pesanan anda melalui POS LAJU setelah pembayaran telah dijelaskan.
2.Servis perkhidmatan ini akan dicaj berdasarkan berat tempahan dan lokasi anda.
3.Klik disini untuk pengesanan tempahan.Kami akan maklumkan no.tracing penghantaran kepada anda.

Kaedah Pembayaran
Kaedah 1 : Online Banking
Kaedah 2 : Offline Banking -ATM Deposit ,ATM Transfer, Cash Deposit

Maklumat Diri
Puan Noraliza Binti Abdullah
Batu Pahat, Johor
Tel : 012-7360030 (Kak Liza)
idYM : rahina_77
email : rahina_77@yahoo.com.my

Maklumat Perbankan
Maybank, Bank Islam, CIMB
Maklumat nombor akaun akan kami beri setelah menerima tempahan daripada anda.







BERIANI DARAT JOHOR


CODE : OHF001
HARGA : RM 30.00
Cadangan hidangan : 8-10 orang

Kandungan Set Beriani Darat Johor
Set untuk Nasi Beriani
Set untuk Lauk Beriani
Set untuk Dalca Sayur

Set Nasi Beriani
1. Beras
2. Minyak campuran
3. Rempah tumis
4. Bawang goreng
5. Rempah Beriani
6. Kismis dan gajus
7. Pewarna
8. Air 1.1 liter (disediakan sendiri)
9. Susu campuran (dibancuh dengan 100ml air)
10. Daun Pandan(dibeli)

Cara memasak
1. Didihkan air sebanyak 1.1 liter didalam periuk atau rice cooker 1.8 liter.
2. Masukkan minyak campuran, rempah tumis, bawang goreng dan rempah beriani.
3. Masukkan beras yang sudah dibasuh.
4. Masukkan susu campuran dan kacau perlahan-lahan sehingga separuh kering.
5.Tambahkan
pewarna, kismis dan gajus. Gaul sehingga warna rata.
6. Masukkan daun pandan dan tutup periuk rapat-rapat dan pastikan api yang kecil
selama
20-30 minit.
7. Hidangkan bersama keluarga.

Set Lauk Beriani
1. Rempah Beriani
2. Minyak Campuran
3. Bawang goreng
4. Susu campuran( dibancuh dengan air 50ml)
5. Air 450ml(disediakan sendiri)
6. Sos Beriani
7. Kismis dan gajus
8. Daun saderi, daun bawang, daun ketumbar, daun pudina(jika perlu)
9. Ayam, daging lembu atau kambing.

Cara masak Lauk Beriani
1. Ayam,daging lembu atau kambing dibasuh. Daging lembu dan kambing
hendaklah direbus
hingga 3/4 masak.
2. Rempah beriani ditumis dgn minyak campuran sehingga harum baunya
dgn periuk 1.8 liter.
Jangan menumis terlalu lama.
3. Masukkan air 450ml dan diikuti dengan bawang goreng, susu campuran dan sos beriani .
4. Apabila mendidih masukkan daging ayam,lembu atau kambing. Tentukan
api yang kecil
selama 20-30 minit.


Set Dalca Sayur
1. Kacang dal
2. Rempah kari
3. Minyak masak
4. Bawang goreng
5. Air 100ml(sendiri)
6. Rempah tumis
7. Susu Campuran
8. Daun Kari (sendiri)
Bahan tambahan
kacang panjang, kentang, lobak merah, terung dan cili merah


Cara masak Dalca Sayur
1. Kacang dal direbus selama 30 minit dengan air sebanyak 900ml. Gunakan periuk
1.8 liter.
Periuk jangan ditutup.
2. Tumiskan rempah tumis, rempah kari, daun kari sehingga timbul harum.
3. Masukkan kacang dal dengan air rebusannya sekali dan diikuti dengan bawang goreng.
4. Tambahkan susu campuran dan digaul rata.
5. Sayur-sayuran dimasukkan dan pastikan api kecil sehingga 20-30 minit.
6. Siap untuk dihidangkan

NASI KURZI JOHOR


CODE : OHF002
HARGA : RM 30.00

Cadangan hidangan : 8-10 orang

Kandungan Set Nasi Kurzi Johor
Set Nasi Kurzi
Set Lauk Kurzi


Set Nasi Kurzi
1. Beras
2. Air 1.2 liter ( disediakan sendiri)
3. Minyak Sapi
4. Susu (dibancuh dengan air 100ml)
5. Rempah tumis
6. Bawang goreng
7. Sos kuzi
8. Kismis dan buah gajus
9. Pewarna
10.Daun saderi, daun bawang, daun pudina(dibeli)

Cara memasak nasi kuzi
1. Didihkan air sebanyak 1.1 liter didalam periuk atau rice cooker 1.8 liter.
2. Masukkan minyak sapi, rempah tumis dan bawang goreng.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh.
4. Tambahkan susu dan tunggu hingga separuh kering.
5. Tuangkan pewarna di atas nasi.
6. Masukkan sos kuzi dan kacau rata.
7. Masukkan daun saderi , daun bawang dan daun pudina di atas permukaan nasi.
8.Tutup rapat periuk dan pastikan api kecil selama 20 minit.


Set Lauk Kurzi
1. Ayam 1.3kg/kambing 1.5kg
2. Sos Kuzi
3. Minyak Masak
4. Bawang Goreng
5. Susu campuran(dibancuh dengan air 200ml)
6. Kismis dan buah gajus
7. Daun saderi, daun bawang , daun pudina


Cara memasak lauk kuzi
1. Ayam digoreng/ daging kambing direbus dahulu dan diangkat.
2. Masukkan minyak masak, sos kuzi, bawang goreng, susu, kismis dan gajus sekaligus.
3.Gaul rata dan biarkan sebentar sehingga bahan mendidih.
3. Masukkan ayam/kambing.
5. Pastikan api kecil. Boleh tambah kan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.

PES MEE BANDUNG MUAR


CODE : OHF003
HARGA : RM
9.00

Bahan-bahan
1. Pes Mee Bandung Muar
2. Tauhu 1 keping (digoreng)
3. Sayur sawi hijau 100gram
4. Sotong kering 50 gram
5. Udang 50 gram

6. Telur ayam 5 biji
7. Air 1.2 liter
8. Mee Kuning


Cara Masak
1. Didihkan air sebanyak 1.2 liter.
2. Masukkan Pes Mee Bandung dan biarkan mendidih selama 5 minit.
3. Tambahkan tauhu yang telah dipotong dadu, udang dan sotong kering.
4. Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga masak.
5. Masukkan mee kuning dan sayur sawi hijau. Biarkan selama 2-3 minit.
6. Nikmati hidangan semasa panas.

SOTO MUAR


CODE : OHF005
HARGA : RM 12.00


Kandungan Set Soto Muar

1. Ketupat segera
2. Rempah soto
3. Rempah tumis
4. Suun goreng
5. Kacang tanah goreng
6. Sambal kicap pedas
7. Bawang goreng (2 bungkus)


Bahan-bahan masakan
1. Set Soto Muar
2. Ayam 1.5 kilogram
3. Air 2 liter
4. Taugeh
5. Daun sup


Cara masak
1. Didihkan air.
2. Masukkan ayam, rempah soto Muar, rempah tumis dan bawang goreng sebungkus ke dalam rebusan air(air rebusan dijadikan sup).
3. Ayam yang sudah direbus diangkat dan ditoskan.
4. Ayam digoreng jangan terlalu garing. Kemudian dicarik halus.
5. Ketupat segera direbus selama lebih kurang 45 minit kemudian dipotong mengikut kesesuaian.
6. Bahan yang lain didalam set Soto Muar bersama taugeh dan daun sup dibahagikan di dalam mangkuk.
7. Hidangkan bersama keluarga.

PES ASAM PEDAS


CODE : OHF004
HARGA : RM 8.00

Bahan-Bahan
1. Pes Asam Pedas Johor
2. Ikan Segar 600gram
3.Air 700ml


Cara masak
1. Didihkan air.
2. Masukkan pes asam pedas.
3. Masukkan ikan segar.
4. Masak lebih kurang 15-20 minit.

Cadangan hidangan
Pilih ikan yang segar dan ikan yang sesuai untuk masakan ini seperti kepala ikan merah, isi ikan merah,ikan pari, ikan kembong, ikan sembilang dan ikan cencaru.

PES PECAL




CODE : OHF006
HARGA : RM 8.00


Kandungan Set Pecal 250 gram
Kacang tanah, gula, cili,garam

Cara masak
Campurkan air panas kepada pes pecal, kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.

Cadangan hidangan
Makan bersama kangkung, kacang panjang, pucuk ubi, taugeh, tempe. sengkuang, dan timun